Welcome to TIRAMISU DAN BELACAN. Thanks for blogwalking. If you don't mind, do follow me and i will follow yours. :)

rakyat jelata !!

Saturday, June 18, 2011

Di manakah cantiknya seorang wanita ?

     Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
     Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
     Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. 
     Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
     Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
     Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.

Anda ingin lebih cantik dan menarik ?

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."

# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."





Sekian. Terima kasih.

Sunday, June 12, 2011

AKU INGIN BERUBAH ...

Ya ALLAH,
Maniskan hatiku dengan iman,
Cukupkan aku dengan bekalan sabar,
Meredah lautan hidup penuh dugaan ini.
Ya ALLAH,
Bantuku atasi amarah ini,
Dengan iman dan taqwa,
Kerana kata Luqmanul Hakim,
Taqwa adalah perahu yang utuh,
Di tengah lautan hidup ini.
Ya ALLAH,
Teguhkan hatiku,
Untuk terus melangkah dalam hidup ini,
Yang kurasakan saban hari memeritkan,
Jadikan ia kembali salju,
Kerana sabda Rasulullah s.a.w.,
Dunia ladang akhirat.
Ya ALLAH,
Aku ingin bahagia seperti mereka,
Meredah lautan dalam kedamaian dan kenyamanan.
Andai aku belum layak ya ALLAH,
Maka layakkanlah aku,
Dengan bekalan iman dan taqwa itu,
Yang kuyakini hanya itu,
Yang dapat menyelamatkan daku,
Dari berputus asa dengan rahmatMU...
Aku ingin bahagia,
Dalam dakapan kasihMU ya ALLAH...



Sekian. Terima kasih.

Wednesday, June 8, 2011

5 TIPS BELANJA SECARA ONLINE

Kesibukan dengan tugas2 harian membuatkan ramai di antara kita yang masanya makin terhad hingggakan nk kuar beli belah pun xde masa .. atas faktor ini mnyebabkan ramai peniaga yang bijak mengambil peluang serta kesempatan untk menjual secara online .. diakui cara berurusan begini sgt mudah utnk pembeli  .. namun jgn terlalu asyik membeli-belah secara online hingga lupa diri .. masih ada perkara yg perlu korg pertimbangkan ... jom tgk :
  

  1. Sebelum membeli atau melakukan transaksi , pastikan korg lakukan sedikit kajian trhadap laman web yg korg kunjungi . Ini sgt penting untk dilakukan tmbahan lagi sekiranya korg berbelanja di lmn web yg korg x pena kunjungi . Periksa no. telefon si penjual dan cuba hubungi dia terlebih dahulu sebelum meneruskan transaksi .
  2. Sekiranya korg masih ragu2 pd lmn web trsebut apa kata korg war-warkan di FB tntang web nie ataupun apa shja jaringan yg mmbolehkan kamu mendapat pendapat ramai. Sekiranya ada yang mmberi pendapat negatif sebaiknya tinggalkan sahaja lmn web trsebut.
  3. Paling penting baca syarat-syarat urusan jual beli. Fahami dan pastikan ianya adil serta tidak merugikan korg. Misalnya andai barang yg dihantar rosak, koyak ataupun ada yg tidak kena bagaimana polisinya. Sama ada brg boleh dipulangkan ataupun duit akn dikembalikan.
  4. Ini kesalahan yg kerap dilakukan ialah terpengaruh pd gambar-gambar produk yg dijual. Perlu diingatkan, jgn hnya trpengaruh dgn gambar shja ttpi baca deskripsi produk dgn baik-baik. Tidak salah sekiranya korg sedikit mencurigai apabila brg yg harganya patut mahal tiba-tiba murah sgt. Pasti ada sesuatu yang tidak kena maka siasatlah sebelum korg terus membeli.
  5.  Setiap org bila melihat brgn dgn pemberian diskaun yg bnyk, hatinya akn melonjak-lonjak untk mmbeli. Jgn terburu-buru atau terlalu mudah jatuh cinta pd tawaran brgn yg dtg dri e-mel apalagi meminta ID dan password tanpa izin dri pemilik e-mel. Kebiasaannya ini kerja spammer. Jadi hati-hati sebelum tertipu.
 

 


 
 
petikan dri >> majalah remaja  
 
 
 

Sekian. Terima kasih.