Welcome to TIRAMISU DAN BELACAN. Thanks for blogwalking. If you don't mind, do follow me and i will follow yours. :)

rakyat jelata !!

Friday, August 17, 2012

Hey! Selamat Hari Raya!~

Dear pals! Assalamualaikum :) Hari ni Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan. Agak sedih nak tinggalkan. Entah dapat jumpa balik entah tidak tahun depan.




Okay, semua orang dah maklum yang lagi 2 hari nak raya. *yeay! -.-* Okay, back to normal. Banyak kali dah sebenarnya berhajat nak hantar kad raya kat kengkawan, tapi tak pernah jadi. Hmm, takpe lah.

Berpuasa di maktab

Hmm, first day orang lain semua pulang ke rumah. Berpuasa bersama family tercinta. Tapi bukan bagi warga MRSM Kepala Batas. Yang boleh pulang ke rumah pada waktu itu hanya budak Ragbi, helpers dan peserta Minggu Bahasa saja. Tidak mengapalah. Pertengahan bulan Ramadhan boleh balik lagi. Sahur buat pertama kalinya tanpa keluarga di sisi. Agak sadis. Berbuka pun, lihat ramai family orang lain datang bagi makanan yang dibeli dari bazaar kepada anaknya di sini. Kelihatan bahagia. Redha je lah. 2 minggu berpuasa tanpa keluarga. Di maktab, ditemani rakan-rakan terutamanya DASH. Agaknya, korang tak tahu lagi siapa DASH kan? Inilah dia. 



12 Ogos 2012 / 24 Ramadhan 1433 H

Birthday Hartanty. Hmm, surprisenya biasa-biasa sahaja. Tidak melibatkan air, tepung, telur, etc. Tetapi hanya bantal. Thanks Bulan sebab kasi pinjam bantal :) Sentiasa contact mereka agar plan menjadi. Tingkap di buka. Sekian lama tingkap terbuka, Hartanty perasan. Takpe, biar aku tutup tingkap tu. Alamak! Dia perasan tingkap terbukak. Tutup je la, tapi tak rapat. Inform ke Amirah bahawa situasi sangat tepat untuk menjayakan rancangan. Tiba-tiba, terdengar bunyi tingkap di buka. Adoii!! Asal bunyi ni?? Kantoi kang. Berlagak seperti biasa. Tiba-tiba, langsir terselak. Lalu bantal pun dibaling ke arah Hartanty. Yes! Plan menjadi!!. Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Hartanty, happy birthday to you~ Suara sumbang mengisi segenap ruang cube. Aras? Hmm, mungkin. Lalu hadiah di beri. Tadaa!!




Dibeli ketika aku dan solehah beriftar di luar bersama kelab. Kenapa pink? Sebab Hartanty ini minat pink. :)

Iftar Perdana Di Maktab

Aku dengan rela hatinya menjadi helpers makanan apabila ditanya oleh calon BWP yang hadir ke kelas. Pukul 5 petang pergi ke DS untuk menyiapkan makanan kepada para pelajar MRSM Kepala Batas. Ikan siakapnya.. besar gila!!! Dari pukul 5 hingga 7 lebih baru selesai. Agak lambat. Jadi, aku dengan kelam kabutnya pergi balik ke cube menukar baju. Nasib dah mandi awal-awal tadi. Tempat semua penuh. Kecuali meja tengah yang ditempatkan khas untuk AJK Makanan. Ouh, aku makan di meja tengah. Agak terharu. Tetapi, tempat tiada. Yang ada hanya di sebelah Aiman Saufi. Adoyy! Hartanty pun tiada tempat. Yang ada hanya di sebelah Asraf Mat Aris. Kami terpaksa duduk di sebelah lelaki. Haih, sangat tidak selesa. Berbuka bersama rakan-rakan yang lain tetapi  DASH terpisah. Amirah duduk di meja AJK Tertinggi. Hmm, sedih. Makan makan. Banyak makanan tak habis. Sangat nampak pembaziran yang berlaku pada hari itu. Ya Allah.. Walaupun kami terpisah ketika iftar, tetapi pergi ke surau tetap bersama-sama :D 

Hari Terakhir di Maktab   
  
Awal-awal pagi hari terakhir itu, sudah aku agak sesi siapa berucap. Sudah tentu Ust. Mutalib, my ketua warden. Selepas assembly, kemas kelas. Pukul 8, bergerak ke dewan untuk Pilihanraya BWP buat kali kedua. Selepas itu, sesi bersalam-salaman. Selepas sesi bersalam-salaman, pergi ke koop. Katanya ada perjumpaan. Ku fikir, aku paling lewat. Rupanya yang ada hanya Faisal, Ain, Intan, Fatin, Mamu, Kak Cheah, Kak Afiza dan Kak Mun. *maaf andai ada nama yang tak disebut. tak berapa ingat siapa yang ada sebenarnya :D* Makcik hendak jumpa. Ada apakah? Ouh, duit raya rupanya. Semalam dapat duit zakat daripada Cik Lan. RM 50. Sudah RM 52.00. Tambah lagi RM 30.00, duit gaji sebagai ALK yang tidak digunakan lagi. Sudah RM 82.00. Duit tu, simpan je lah kat bank. Boleh guna masa akan datang nanti. Pulang ke cube untuk pack barang. 12.30 kena naik bas dah. Hendak menuju ke tempat parking bas, tiba-tiba ada yang berkata dekat foyer. Pergi ke foyer, tiba-tiba *vibrate* Askum dal bas kat depan dewan. Oh great! Memang aku suka ulang-alik pun! =.= Thanks Nizam. Kalau tak aku balik Selangor lah jawabnya. Sampai di Butterworth pukul 1.30 macam tu. Hmm, tiket pukul 3.30. 2 jam lagi kena tunggu. Tiba-tiba nampak Kak Erra macam nak naik bas tu. Pergi ke arah Kak Erra. Kak, boleh naik dah ke? Boleh boleh. Makcik bas tu pun berkata. Apa lagi, panggil semua yang hendak pulang ke Taiping untuk naik bas. Tempat nasib baik cukup-cukup untuk kami. Bas penuh. Perjalanan pun bermula. Tidur sepanjang perjalanan. Sampai Tol Kamunting, terjaga. Yeay! Dah sampai!!! Sampai flyover baru call rumah. Mak, dah sampai. Okay, jap lagi mak datang ambik. Tunggu tidak sampai 5 minit, mak sampai. Yeay! Balik rumah, tidur lagi. Haih, tidur je kerja. Sampai hari ni, homework tak terusik lagi. Rajin betul nak buat homework. Hmm, lagi 2 hari nak raya. Orang di "atas" gembira nak raya, tetapi orang di "bawah" sedih nak raya. Faham maksud ayat tu? Tak faham, cubalah fahamkan sendiri. :) Jadi, aku mengucapkan.......

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI!!!



 Kata ayahanda, "Raya ni anak-anak jangan main mercun bola, mercun pop-pop takpe."
 
 Jadi, kalau nak main mercun, main mercun pop-pop je. Jangan main mercun lain. Hilang jari nanti...... padan muka!! :D

 Assalamualaikum semua :)

Sekian. Terima kasih.

Saturday, June 9, 2012

Rakan dan kehidupan :)

Hye awak semua. Assalamualaikum *tak jawab dosa, kalau jawab sayang xD* Hmm, sudah lama kita tidak bersemuka, mata bertentang mata. Face to face kata orang putih. Maaf, kerana sudah lama tidak mengHAPDET blog ni. 

          *cough* Seperti yang kalian semua tahu, saya kan sudah menjadi kulawangsa EMARESEM Kepala Batas. Ya, seperti "penjara" di situ. Sungguh, lepas cuti bulan 3 sehingga cuti sem, saya baru pulang. Oh! Sangat sadis di situ. Setiap kali hendak pulang, ada saja halangannya. Tipulah kalau saya kata yang saya tidak cemburu akan kawan-kawan yang dapat pulang. Sumpah saya cemburu! Ada yang dapat pulang selama 5 hari, tinggallah saya keseorangan tanpa teman.. *cough* mohon terasa :D dan..... inilah maktab saya yang "tercintun" xD 



Ya, inilah dia. Pintu depan maktab saya. Dan, di sini lah saya kenal dia. Dia, Nurul Hartanty bt. Hussin. Classmate juga merangkap cubemate saya. Terima kasih kerana sudi menjadi kawan saya :) Comelkan dia? *muka shin chan*




          Ingin sekali berkata tentang result. Pada suatu pagi yang indah lagi nyaman, terdengar bunyi motor si Posmen berkeliaran. Ku harap tidak singgah ke rumah. *tiba- tiba* Singgah juga ke rumah. Tahniah abang Posmen, anda berjaya tiba di rumah saya =_=". Ibu keluar untuk mendapatkan surat. Ingin berebut dengan ibu untuk mendapatkan surat, ibu pun berkata Surat ni nama ibu, jadi biar ibu yang buka. Okay ibu. Hanya menurut kata. Melihat result.. Yeay! 3.52!! Alhamdulillah, lepas 3.4 *dancing* Hal ini demikian kerana jika hendak menjadi ALK mestilah 3.4 ke atas. Tidak tahu lah itu benar atau tidak. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana kau telah mengkabulkan doaku selama ini :) Tahniah kepada kawan-kawan yang lain yang mendapat result 3.0++ :) Yang dapat teruk tu, ujian selaras nanti berusaha lah lagi. Peluang masih ada. Jangan risau. Gagal sekali, tidak bermakna gagal selamanya. Kan? 

          Pada tarikh 6/6/2012, akhirnya saya keluar bertemu mereka. Mereka, sahabat sekolah lama saya. #TeamBudakLuar. Yang sentiasa bersama-sama saya sepanjang hari stayback di kantin sekolah. Solat, makan, salin pakaian pun kalau boleh bersama-sama. Inilah mereka :) 




Terima kasih kerana sudi luangkan masa bersama saya. Teringat waktu zaman dulu-dulu. Haih, kenapa kita perlu berpisah? Okay, saya tahu yang setiap pertemuan itu ada perpisahan. Tidak mengapa lah, sudah suratan takdir kan? Terima kasih sekali lagi kerana sudi jadikan saya kawan :) TERIMA KASIH, SAHABAT. :)



 


Sekian. Terima kasih.

Saturday, March 17, 2012

Minum?? Ada caranya.

Assalamualaikum. Hye!! Sumpah dah lama tak update blog. Biasalah, dah jadi budak asrama sekarang. Wuu wuu T_T  Okay, stop it! Now I nak bercerita tentang....................... *bunyi drum* ............................

ETIKA KETIKA MINUM & SEBAB KENAPA DILARANG BERBUAT BEGITU.

Ada faham? Okay, sumber ni dipetik daripada majalah GEN-Q. Pernah baca? Tak? Beli tau. Best! Banyak ilmu yg boleh kita dapat. Meh sini nak share.

Ehem! Etika yg pertama:

1. Daripada Ibn Abbas r.a., dia berkata: "Sesungguhnya Rasulullah melarang untuk bernafas atau meniup ke dalam bekas air minuman." (Riwayat Al-Tirmizi)

2. Daripada Abu Qatadah, Rasululah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Jika kamu minum, janganlah bernafas di dalam bekas air minumannya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3. Daripada Anas bin Malik r.a., dia berkata: "Ketika Rasulullah s.a.w. minum, Baginda mengambil nafas di luar bekas air minuman sebanyak tiga kali. Dan Baginda bersabda, maksudnya: 'Hal itu lebih segar, lebih sedap dan lebih nikmat.' Anas mengatakan: 'Oleh sebab itu, ketika aku minum, aku meneguk sebanyak tiga kali.'" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dan sebabnya ialah:

1. Para ulama berkata: "Larangan bernafas di dalam bekas minuman itu sama seperti larangan meniup makanan dan minuman (yang panas agar cepat sejuk). Hal ini dikhuatiri kerana air iur yang menitis masuk ke dalam makanan atau minuman tersebut membuatkan orang yang ingin menggunakan bekas yang sama menjadi jijik dan kotor."

2. Imam al-Qurubi menjelaskan: "Maksud larangan bernafas di dalam bekas minuman itu ialah supaya jangan sampai mengotorinya kerana air liur ataupun aroma yang tidak sedap melekat atau menempel pada bekas air tersebut."

3. Nafas yang dihembus mengandungigas karbon dioksida yang tinggi dan juga bakteria-bakteria atau virus-virus daripada rongga hidung atau kerongkong seseorang. Apatah lagi jika seseorang itu sedang menghidap selesema dan demam influenza. Kuman-kuman tersebutboleh membiak dengan cepat di dalam bekas minuman yang berisi air tersebut dan menyebabkan air itu tidak tahan lama. Jika diminum, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan juga sakit perut.

4. Minum sambil bernafas (menyedut dan menghembus udara) menyebabkan salur air dan udara bercampur dan boleh menyebabkan seseorang tersedak dan air memasuki paru-parunya. Hal ini boleh menyebabkan sakit tekak dan juga jangkitan kuman pada paru-paru.

Haa, dah baca? Oleh itu, sama-samalah kita mengamalkan sunnah ini untuk mendapatkan keberkatan daripada setiap titik air yang masuk ke dalam badan kita. Wallahualam. Assalamualaikum dan selamat beramal. *Chewah! Macam ustazah pulak rasa xD





Sekian. Terima kasih.

Saturday, January 21, 2012

The Sad Day Ever

Hey pals! Assalamualaikum.
 Semalam macam-macam jadi kat ai.
Meh sini ai nak ceghita.


        Okay, semalam keputusan MRSM keluar. Kelmarin SBP. Ai tak tau pun SBP keluar kelmarin. Tengah on, tiba-tiba Apeng tanya ai dah check SBP ke belum. Ai cakap "Belum, dah keluar ke?" Dia kata "Dah". Siap bagi link lagi tau. Semangat ah kamu ni Apeng. Ai pun bukak new tab and ai check. Tengok-tengok ai tak dapat. ALHAMDULILLAH! Ai dapat stay taman tasik lagi. Tapi, ai terfikir. Kalau ai tak dapat SBP, MRSM maybe ambil ai. Hmmm. So, ai buang benda tu jauh-jauh and buat bodoh. 

        Esoknya, lepas balik sekolah.. ai terus bukak lappy. Ai check, tengok tengok.. Jeng jeng jeng............................................................................ DAPAT KEPALA BATAS AH! Sila lihat gambar di bawah sebagai bukti yg saya dapat MRSM. Lol k...

*sila tekan gambar di bawah untuk tumbesaran. Open new tab untuk selamat.*


        Okay, dah baca kan? Sedih bak hang! Menangis tak berlagu ai dibuatnya. Family ai suruh pindah, ai taknak tapi ai TERPAKSA. Ai tak kisah kalau ai lepaskan peluang ni asalkan kawan-kawan ai tak berjauhan dengan ai. Ai sayang diorang okay. 4 tahun kami bersama, dah macam adik-beradik dah rasa. Sayang korang gila-gila. And semalam, ada lagi berita sedih. Kawan ai, Rayyan dah meninggal. Baru je kelmarin ai tweet dgn dia. Rasa sekejap sangat. Dia suruh ai jagakan Ain untuk dia elok-elok. Bila ai baca tweet tu, ai rasa semacam. Tapi, ai buang perasaan tu dan menganggap tidak ada apa akan berlaku. Lepas nangis dapat MRSM *Lol, tu pun nak nangis* ai terbaca tweet Keun. 


        Terkejut ai okay bila baca tweet dia. Dia actually nak balik Malaysia sebab nak sambut birthday dgn Keun ni. Birthday diorang sama. Tak sangka pulak jadi macam ni. Takpe lah.. ALLAH lagi sayangkan dia.. hope dia ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan rohnya dicucuri rahmat. Okay, ai menangis lagi.

        Ramai yg nak pindah, termasuk lah ai. Budak sekolah ai yg dapat tawaran termasuk ai ada lah dalam 30++. Ramai kan? Yang mana stay tu, tolong jaga nama baik SMKTT. Ini amanat ai pada korang. Please jaga nama baik Batch 14. Kalau budak form 4 baru masuk, layan lah depa elok-elok. Tapi jangan lupa kitorang yg pindah ni dah lah eh? Sayang korang gila-gila. <3


GOODBYE MY FRIENDS. LOVE YOU ALL. TAKE CARE.






        

Sekian. Terima kasih.