Welcome to TIRAMISU DAN BELACAN. Thanks for blogwalking. If you don't mind, do follow me and i will follow yours. :)

rakyat jelata !!

Friday, August 17, 2012

Hey! Selamat Hari Raya!~

Dear pals! Assalamualaikum :) Hari ni Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan. Agak sedih nak tinggalkan. Entah dapat jumpa balik entah tidak tahun depan.




Okay, semua orang dah maklum yang lagi 2 hari nak raya. *yeay! -.-* Okay, back to normal. Banyak kali dah sebenarnya berhajat nak hantar kad raya kat kengkawan, tapi tak pernah jadi. Hmm, takpe lah.

Berpuasa di maktab

Hmm, first day orang lain semua pulang ke rumah. Berpuasa bersama family tercinta. Tapi bukan bagi warga MRSM Kepala Batas. Yang boleh pulang ke rumah pada waktu itu hanya budak Ragbi, helpers dan peserta Minggu Bahasa saja. Tidak mengapalah. Pertengahan bulan Ramadhan boleh balik lagi. Sahur buat pertama kalinya tanpa keluarga di sisi. Agak sadis. Berbuka pun, lihat ramai family orang lain datang bagi makanan yang dibeli dari bazaar kepada anaknya di sini. Kelihatan bahagia. Redha je lah. 2 minggu berpuasa tanpa keluarga. Di maktab, ditemani rakan-rakan terutamanya DASH. Agaknya, korang tak tahu lagi siapa DASH kan? Inilah dia. 



12 Ogos 2012 / 24 Ramadhan 1433 H

Birthday Hartanty. Hmm, surprisenya biasa-biasa sahaja. Tidak melibatkan air, tepung, telur, etc. Tetapi hanya bantal. Thanks Bulan sebab kasi pinjam bantal :) Sentiasa contact mereka agar plan menjadi. Tingkap di buka. Sekian lama tingkap terbuka, Hartanty perasan. Takpe, biar aku tutup tingkap tu. Alamak! Dia perasan tingkap terbukak. Tutup je la, tapi tak rapat. Inform ke Amirah bahawa situasi sangat tepat untuk menjayakan rancangan. Tiba-tiba, terdengar bunyi tingkap di buka. Adoii!! Asal bunyi ni?? Kantoi kang. Berlagak seperti biasa. Tiba-tiba, langsir terselak. Lalu bantal pun dibaling ke arah Hartanty. Yes! Plan menjadi!!. Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Hartanty, happy birthday to you~ Suara sumbang mengisi segenap ruang cube. Aras? Hmm, mungkin. Lalu hadiah di beri. Tadaa!!




Dibeli ketika aku dan solehah beriftar di luar bersama kelab. Kenapa pink? Sebab Hartanty ini minat pink. :)

Iftar Perdana Di Maktab

Aku dengan rela hatinya menjadi helpers makanan apabila ditanya oleh calon BWP yang hadir ke kelas. Pukul 5 petang pergi ke DS untuk menyiapkan makanan kepada para pelajar MRSM Kepala Batas. Ikan siakapnya.. besar gila!!! Dari pukul 5 hingga 7 lebih baru selesai. Agak lambat. Jadi, aku dengan kelam kabutnya pergi balik ke cube menukar baju. Nasib dah mandi awal-awal tadi. Tempat semua penuh. Kecuali meja tengah yang ditempatkan khas untuk AJK Makanan. Ouh, aku makan di meja tengah. Agak terharu. Tetapi, tempat tiada. Yang ada hanya di sebelah Aiman Saufi. Adoyy! Hartanty pun tiada tempat. Yang ada hanya di sebelah Asraf Mat Aris. Kami terpaksa duduk di sebelah lelaki. Haih, sangat tidak selesa. Berbuka bersama rakan-rakan yang lain tetapi  DASH terpisah. Amirah duduk di meja AJK Tertinggi. Hmm, sedih. Makan makan. Banyak makanan tak habis. Sangat nampak pembaziran yang berlaku pada hari itu. Ya Allah.. Walaupun kami terpisah ketika iftar, tetapi pergi ke surau tetap bersama-sama :D 

Hari Terakhir di Maktab   
  
Awal-awal pagi hari terakhir itu, sudah aku agak sesi siapa berucap. Sudah tentu Ust. Mutalib, my ketua warden. Selepas assembly, kemas kelas. Pukul 8, bergerak ke dewan untuk Pilihanraya BWP buat kali kedua. Selepas itu, sesi bersalam-salaman. Selepas sesi bersalam-salaman, pergi ke koop. Katanya ada perjumpaan. Ku fikir, aku paling lewat. Rupanya yang ada hanya Faisal, Ain, Intan, Fatin, Mamu, Kak Cheah, Kak Afiza dan Kak Mun. *maaf andai ada nama yang tak disebut. tak berapa ingat siapa yang ada sebenarnya :D* Makcik hendak jumpa. Ada apakah? Ouh, duit raya rupanya. Semalam dapat duit zakat daripada Cik Lan. RM 50. Sudah RM 52.00. Tambah lagi RM 30.00, duit gaji sebagai ALK yang tidak digunakan lagi. Sudah RM 82.00. Duit tu, simpan je lah kat bank. Boleh guna masa akan datang nanti. Pulang ke cube untuk pack barang. 12.30 kena naik bas dah. Hendak menuju ke tempat parking bas, tiba-tiba ada yang berkata dekat foyer. Pergi ke foyer, tiba-tiba *vibrate* Askum dal bas kat depan dewan. Oh great! Memang aku suka ulang-alik pun! =.= Thanks Nizam. Kalau tak aku balik Selangor lah jawabnya. Sampai di Butterworth pukul 1.30 macam tu. Hmm, tiket pukul 3.30. 2 jam lagi kena tunggu. Tiba-tiba nampak Kak Erra macam nak naik bas tu. Pergi ke arah Kak Erra. Kak, boleh naik dah ke? Boleh boleh. Makcik bas tu pun berkata. Apa lagi, panggil semua yang hendak pulang ke Taiping untuk naik bas. Tempat nasib baik cukup-cukup untuk kami. Bas penuh. Perjalanan pun bermula. Tidur sepanjang perjalanan. Sampai Tol Kamunting, terjaga. Yeay! Dah sampai!!! Sampai flyover baru call rumah. Mak, dah sampai. Okay, jap lagi mak datang ambik. Tunggu tidak sampai 5 minit, mak sampai. Yeay! Balik rumah, tidur lagi. Haih, tidur je kerja. Sampai hari ni, homework tak terusik lagi. Rajin betul nak buat homework. Hmm, lagi 2 hari nak raya. Orang di "atas" gembira nak raya, tetapi orang di "bawah" sedih nak raya. Faham maksud ayat tu? Tak faham, cubalah fahamkan sendiri. :) Jadi, aku mengucapkan.......

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI!!!



 Kata ayahanda, "Raya ni anak-anak jangan main mercun bola, mercun pop-pop takpe."
 
 Jadi, kalau nak main mercun, main mercun pop-pop je. Jangan main mercun lain. Hilang jari nanti...... padan muka!! :D

 Assalamualaikum semua :)

Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment