Welcome to TIRAMISU DAN BELACAN. Thanks for blogwalking. If you don't mind, do follow me and i will follow yours. :)

rakyat jelata !!

Saturday, June 9, 2012

Rakan dan kehidupan :)

Hye awak semua. Assalamualaikum *tak jawab dosa, kalau jawab sayang xD* Hmm, sudah lama kita tidak bersemuka, mata bertentang mata. Face to face kata orang putih. Maaf, kerana sudah lama tidak mengHAPDET blog ni. 

          *cough* Seperti yang kalian semua tahu, saya kan sudah menjadi kulawangsa EMARESEM Kepala Batas. Ya, seperti "penjara" di situ. Sungguh, lepas cuti bulan 3 sehingga cuti sem, saya baru pulang. Oh! Sangat sadis di situ. Setiap kali hendak pulang, ada saja halangannya. Tipulah kalau saya kata yang saya tidak cemburu akan kawan-kawan yang dapat pulang. Sumpah saya cemburu! Ada yang dapat pulang selama 5 hari, tinggallah saya keseorangan tanpa teman.. *cough* mohon terasa :D dan..... inilah maktab saya yang "tercintun" xD 



Ya, inilah dia. Pintu depan maktab saya. Dan, di sini lah saya kenal dia. Dia, Nurul Hartanty bt. Hussin. Classmate juga merangkap cubemate saya. Terima kasih kerana sudi menjadi kawan saya :) Comelkan dia? *muka shin chan*




          Ingin sekali berkata tentang result. Pada suatu pagi yang indah lagi nyaman, terdengar bunyi motor si Posmen berkeliaran. Ku harap tidak singgah ke rumah. *tiba- tiba* Singgah juga ke rumah. Tahniah abang Posmen, anda berjaya tiba di rumah saya =_=". Ibu keluar untuk mendapatkan surat. Ingin berebut dengan ibu untuk mendapatkan surat, ibu pun berkata Surat ni nama ibu, jadi biar ibu yang buka. Okay ibu. Hanya menurut kata. Melihat result.. Yeay! 3.52!! Alhamdulillah, lepas 3.4 *dancing* Hal ini demikian kerana jika hendak menjadi ALK mestilah 3.4 ke atas. Tidak tahu lah itu benar atau tidak. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana kau telah mengkabulkan doaku selama ini :) Tahniah kepada kawan-kawan yang lain yang mendapat result 3.0++ :) Yang dapat teruk tu, ujian selaras nanti berusaha lah lagi. Peluang masih ada. Jangan risau. Gagal sekali, tidak bermakna gagal selamanya. Kan? 

          Pada tarikh 6/6/2012, akhirnya saya keluar bertemu mereka. Mereka, sahabat sekolah lama saya. #TeamBudakLuar. Yang sentiasa bersama-sama saya sepanjang hari stayback di kantin sekolah. Solat, makan, salin pakaian pun kalau boleh bersama-sama. Inilah mereka :) 




Terima kasih kerana sudi luangkan masa bersama saya. Teringat waktu zaman dulu-dulu. Haih, kenapa kita perlu berpisah? Okay, saya tahu yang setiap pertemuan itu ada perpisahan. Tidak mengapa lah, sudah suratan takdir kan? Terima kasih sekali lagi kerana sudi jadikan saya kawan :) TERIMA KASIH, SAHABAT. :)



 


Sekian. Terima kasih.

2 comments: