Welcome to TIRAMISU DAN BELACAN. Thanks for blogwalking. If you don't mind, do follow me and i will follow yours. :)

rakyat jelata !!

Saturday, March 17, 2012

Minum?? Ada caranya.

Assalamualaikum. Hye!! Sumpah dah lama tak update blog. Biasalah, dah jadi budak asrama sekarang. Wuu wuu T_T  Okay, stop it! Now I nak bercerita tentang....................... *bunyi drum* ............................

ETIKA KETIKA MINUM & SEBAB KENAPA DILARANG BERBUAT BEGITU.

Ada faham? Okay, sumber ni dipetik daripada majalah GEN-Q. Pernah baca? Tak? Beli tau. Best! Banyak ilmu yg boleh kita dapat. Meh sini nak share.

Ehem! Etika yg pertama:

1. Daripada Ibn Abbas r.a., dia berkata: "Sesungguhnya Rasulullah melarang untuk bernafas atau meniup ke dalam bekas air minuman." (Riwayat Al-Tirmizi)

2. Daripada Abu Qatadah, Rasululah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Jika kamu minum, janganlah bernafas di dalam bekas air minumannya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

3. Daripada Anas bin Malik r.a., dia berkata: "Ketika Rasulullah s.a.w. minum, Baginda mengambil nafas di luar bekas air minuman sebanyak tiga kali. Dan Baginda bersabda, maksudnya: 'Hal itu lebih segar, lebih sedap dan lebih nikmat.' Anas mengatakan: 'Oleh sebab itu, ketika aku minum, aku meneguk sebanyak tiga kali.'" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dan sebabnya ialah:

1. Para ulama berkata: "Larangan bernafas di dalam bekas minuman itu sama seperti larangan meniup makanan dan minuman (yang panas agar cepat sejuk). Hal ini dikhuatiri kerana air iur yang menitis masuk ke dalam makanan atau minuman tersebut membuatkan orang yang ingin menggunakan bekas yang sama menjadi jijik dan kotor."

2. Imam al-Qurubi menjelaskan: "Maksud larangan bernafas di dalam bekas minuman itu ialah supaya jangan sampai mengotorinya kerana air liur ataupun aroma yang tidak sedap melekat atau menempel pada bekas air tersebut."

3. Nafas yang dihembus mengandungigas karbon dioksida yang tinggi dan juga bakteria-bakteria atau virus-virus daripada rongga hidung atau kerongkong seseorang. Apatah lagi jika seseorang itu sedang menghidap selesema dan demam influenza. Kuman-kuman tersebutboleh membiak dengan cepat di dalam bekas minuman yang berisi air tersebut dan menyebabkan air itu tidak tahan lama. Jika diminum, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman dan juga sakit perut.

4. Minum sambil bernafas (menyedut dan menghembus udara) menyebabkan salur air dan udara bercampur dan boleh menyebabkan seseorang tersedak dan air memasuki paru-parunya. Hal ini boleh menyebabkan sakit tekak dan juga jangkitan kuman pada paru-paru.

Haa, dah baca? Oleh itu, sama-samalah kita mengamalkan sunnah ini untuk mendapatkan keberkatan daripada setiap titik air yang masuk ke dalam badan kita. Wallahualam. Assalamualaikum dan selamat beramal. *Chewah! Macam ustazah pulak rasa xD





Sekian. Terima kasih.